Kamis, 14 Januari 2010

keegoan seorang sahabat

Untukmu Muslimah

Posted in Muslimah, iSLAMIC on 30 Mac 2009 by Admin

cantiknya-seorang-muslimah

Ibnu Umar radhiallahu anhumma telah melaporkan bahawa Nabi saw pernah bersabda,”Wahai kaum wanita! Kamu(teristimewanya) bayarlah sedekah dan banyak bertaubat, kerana daku melihat kebanyakan penghuni neraka adalah wanita.”

Salah seorang daripada pendengar berkata, “Wahai Rasulullah! Apakah kesalahan kami yang kebanyakan daripada kami akan memasuki neraka?”

Nabi saw. menjawab,”Kami paling kerap mempunyai tabiat melaknat(semasa perbualan) dan kamu lebih tidak bersyukur kepada suami kamu. Daku tidak melihat seseorang yang kekurangan dalam ketakwaan dan hikmah seperti kamu tetapi menguasai seorang yang berhikmah.”

(Bukhari, Muslim, Tarjumanus Sunnah) Hazrat Ibnu Mas’ud telah memberitakan bahawa nabi bersabda,”seseorang wanita patut ditutupi kerana apabila dia keluar, syaitan akan memandangnya,”(Tirmizi) Begitu juga, maka perlulah wanita menjaga suara supaya tidak didengari oleh orang luar. Adalah juga penting, lelaki menghindari dari melafazkan puisi di khalayak wanita lain oleh kerana wanita bersifat lembut hatinya dan mudah cenderung kepada pengaruh buruk.

(uswah rasool e akram) Hazrat Hasan Basari ra. memberitahu bahawa dia telah mendengar Rasulullah saw bersabda,”Allah melaknati orang yang memandang kepada seseorang wanita asing dan juga seseorang yang dipandang itu.”

(mishkat) Hazrat Abu Musa ra. Telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda,”mata yang memandang kepada seseorang lelaki atau wanita asing dengan niat buruk adalah penzinaan dan seseorang wanita yang mewangikan dirinya dan kemudiannya lalu di hadapan khalayak lelaki adalah tiada bezanya.

(tirmizi, abu daud) Hazrat Ibnu Mulaika ra memberitahu bahawa apabila seseorang menyatakan kepada Hazrat Aisyah bahawa seorang wanita sedang memakai sandal(kasut lelaki) maka dia menjawab bahawa Rasulullah melaknati wanita yang bersifat kelakian (abu daud) Adalah sunnah bagi wanita mengucap salam dan selamat antara satu sama lain dan berjabat tangan. Ini patut digalakkan.(tabrani, baihaqi)

Nota: antara sesama wanita sahaja. Ibnu Abi Dunya dan Baihaqi telah memberitakan dari Ash Shabi bahawa nabi bersabda,”laknatlah kepada penyanyi-penyanyi perempuan dan kepada sesiapa yang mereka nyanyikan,”

Matlamat Kehidupan

Posted in Artikel on 29 Mac 2009 by Admin

Matlamat Kehidupanambition

Pengenalan
Apabila kita memasuki alam remaja, kita akan mengalami perubahan fizikal, mental dan emosi. Kita mula berfikir lebih jauh, mempunyai harapan, inspirasi dan mula mempunyai perancangan untuk masa depan.

Pilihan
Kita berhadapan dengan pelbagai pilihan di dalam urusan harian. Membuat pilihan dan keputusan adalah sebahagian daripada proses tumbesaran. Kita harus membuat pilihan dan keputusan dengan bijak. Pertimbangkan nasihat yang diberikan oleh ibu bapa, keluarga dan orang yang mengambil berat tentang diri kita.Kita harus bertanggungjawab ke atas apa-apa keputusan yang dibuat.

Matlamat
Matlamat kehidupan ialah:

  • Menetapkan apa yang ingin dicapai dalam kehidupan
  • Merancang bagaimana untuk mencapainya
  • Memutuskan apa yang perlu dibuat bila harapan kita tercapai

Proses untuk mencapai matlamat dapat membantu kita memilih dan memutuskan ke mana arah kehidupan kita.

Menetapkan matlamat dalam kehidupan
Langkah pertama dalam menetapkan matlamat kehidupan ialah memikirkan apakah yang ingin dicapai dalam hidup kita. Kita boleh tanya diri sendiri:
Apakah harapan kita?

  • Mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan PMR atau SPM?

Apakah pekerjaan yang ingin dilakukan? Apakah cita-cita kita?

  • Menjadi seorang doktor, peguam, jurutera, juruterbang, akauntan, ahli korporat dan sebagainya

Apakah personaliti yang kita inginkan?

  • Menjadi seorang yang bersopan santun, mematuhi undang-undang peraturan, alim dan beragama, amanah, bermaruah dan sebagainya

Apakah jenis perhubungan yang ingin dibina?

  • Mempunyai perkahwinan yang bahagia, ibu bapa yang bertanggungjawab, sahabat yang setia dan sebagainya

Setelah kita mempunyai gambaran keseluruhan, kita boleh membuat perincian yang lebih khusus mengikut jangka masa yang ditetapkan untuk mencapai matlamat tersebut. Kita mungkin perlu memikirkan semula matlamat-matlamat kita dari semasa ke semasa untuk memastikan kita masih tetap dengan matlamat yang sama seperti sebelumnya. Semakin kita meningkat dewasa, kita akan berhadapan dengan perkara baru atau mempunyai pandangan jauh yang berbeza mengenai kehidupan. Contohnya, seorang individu ingin menjadi seorang jutawan semasa remaja, tetapi lama kelamaan mendapati kepuasan bekerja adalah lebih penting daripada wang ringgit.

Sebarang perubahan di dalam matlamat hidup juga memerlukan perubahan-perubahan yang wajar dalam perancangan. Ada banyak cara untuk menetapkan matlamat dalam kehidupan kita.Terdapat juga banyak buku yang sedia ada untuk membantu dalam proses mencapai matlamat anda. Anda juga boleh berbincang dengan ibu bapa sebagai panduan.

Petua untuk menetapkan matlamat hidup
Panduan berikut akan membantu anda menetapkan matlamat hidup dengan berkesan:
Nyatakan setiap matlamat itu sebagai kenyataan yang positif:

  • Ungkapkan matlamat anda dengan positif
  • ‘Gunakan teknik ini dengan baik’ kerana adalah matlamat yang lebih baik daripada berkata ‘Jangan lakukan kesilapan yang bodoh’

Buat kerja dengan teliti:

  • Tetapkan matlamat dengan tepat. Tetapkan tarikh, masa dan jumlah matlamat agar pencapaian anda boleh diukur, dan akan memuaskan hati anda

Tetapkan keutamaan:

  • Bila anda mempunyai beberapa matlamat, susun ikut keutamaan. Mulakan dengan matlamat yang paling utama kerana ia membantu anda dari berasa tertekan dengan adanya terlalu banyak matlamat
  • Ini seterusnya membantu anda menumpukan perhatian kepada matlamat yang paling penting

Tulis matlamat-matlamat anda:

  • Ini akan nampak lebih jelas dan lebih fokus

Pastikan matlamat itu ringkas dan mudah dicapai:

  • Matlamat yang ringkas dan mudah boleh memudahkan mencapai kejayaan untuk mendapatkan ganjaran yang lebih besar
  • Sekiranya matlamat itu besar dan sukar untuk dicapai, nampak seakan-akan anda tidak membuat apa-apa perubahan ke arah mencapai matlamat tersebut. Teruskan dengan matlamat yang ringkas dan mudah agar anda akan mendapat kejayaan yang diinginkan

Tetapkan proses mencapai matlamat bukan hasilnya:

  • Anda perlu menetapkan sasaran itu, yang mana ia boleh dicapai. Ia bukan untuk melemahkan semangat dalam mencapai matlamat anda sendiri atas alasan-alasan di luar kawalan anda
  • Sekiranya anda menetapkan matlamat berdasarkan prestasi anda sendiri, anda akan dapat mengawal diri anda untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut, dan mendapat kepuasan darinya

Tetapkan matlamat yang wajar

  • Penting untuk menetapkan matlamat-matlamat yang anda boleh capai. Pelbagai lapisan masyarakat, (media, persatuan, ibu bapa) boleh menetapkan matlamat-matlamat yang tidak wajar untuk anda
  • Mereka sering bertindak sedemikian kerana tidak mengetahui keinginan dan cita-cita anda
  • Anda mungkin menetapkan matlamat yang terlalu tinggi, kerana anda menilai cabaran – cabaran yang akan dihadapi agar tidak memahami kemahiran yang perlu ada untuk mencapai sesuatu kejayaan

Nasihat kepada ibu bapa

Kehidupan anak remaja anda
Bila memikirkan tentang masa hadapan, sesetengah remaja cuba menunjukkan sikap tidak ambil peduli.Terdapat beberapa petua untuk berkomunikasi dengan anak anda dan untuk memastikan ianya berterusan.Dengar betul-betul pendapat anak anda dan elakkan daripada memberi nasihat yang tidak berkaitan.

  • Jika anak anda bersusah payah untuk membuat keputusan, ceritakan kepada mereka kesusahan mengenai pengalaman anda atau orang yang anda kenali dalam membuat keputusan, dengan ini ia dapat memberi motivasi kepada remaja bahawa mereka bukanlah seorang sahaja yang mengalami masalah tersebut

Percubaan untuk mengarah dan mengawal masa depan anak anda mungkin tidak membawa manfaat dalam jangka masa panjang.

  • Masa inilah untuk membenarkan anak anda membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan sendiri. Hargailah anak anda dengan keputusan mereka dan bantulah mereka sebaik mungkin.

Lengkapkan remaja dengan pengetahuan agar mereka boleh hidup berdikari.

  • Ini termasuklah membuat keputusan penting dalam hidup, perhubungan dan kemahiran dalam kehidupan harian contohnya memasak, mengemas, membasuh, membeli keperluan runcit, menulis cek dan menguruskan kewangan. Ini amat penting dan perlu dalam proses tumbesaran

Jangan takut untuk menetapkan had dalam berapa banyak yang anda boleh memberi bantuan kewangan kepada remaja sekiranya mereka ingin berdikari.

  • Ia amat penting kepada remaja untuk belajar hidup berdikari

Bunuh Diri

Posted in Artikel on 27 Mac 2009 by Admin

Bunuh Diri

Apa itu bunuh diri?

Bunuh diri ialah satu tindakan yang diambil untuk mencabut nyawa sendiri sehingga menyebabkan kematian.
Remaja yang membunuh diri biasanya mempunyai sejarah seperti:

  • Konflik keluarga
  • Kegagalan personaliti
  • Kehilangan sesuatu
  • Kesukaran berkomunikasi
  • Penyalahgunaan bahan terlarang
  • Sejarah cubaan bunuh diri sebelum ini

Mengapakah seseorang itu cuba membunuh diri?

Sebab-sebab seseorang mengambil keputusan cuba membunuh diri termasuklah:
  • Kemurungan
  • Salah faham dengan ibu bapa
  • Gagal dalam perhubungan
  • Gagal dalam peperiksaan
  • Didera
  • Dibuli
  • Di tinggal sendirian


Adakah tanda atau gejala awal seseorang itu hendak membunuh diri?

Seseorang yang cuba bunuh diri selalunya menunjukkan atau mempunyai keadaan berikut:

  • Berperasaan
    • Sedih
    • Marah
    • Gelisah
    • Rasa bersalah
  • Menyisihkan diri dari aktiviti sosial
  • Tidak boleh tidur
  • Hilang selera makan
  • Sentiasa memikirkan tentang kematian
  • Tidak boleh melakukan aktiviti harian
  • Mendedahkan dirinya kepada masalah seperti:
    • Minum arak
    • Merokok
    • Mengambil ubat yang berinskripsi atau penyalahgunaan dadah
  • Perubahan kelakuan secara mendadak seperti:
    • Memberi barang yang disayangi
    • Meminta maaf
    • Bercakap tentang kematian

Bagaimana cara mencegah perlakuan membunuh diri?

Minta bantuan segera:

  • Bercakap dengan seseorang yang boleh dipercayai
  • Hubungi talian bantuan
    • Seperti: BEFRIENDERS
  • Dapatkan nasihat keagamaan
  • Jumpa doktor

Apa yang berlaku sekiranya bantuan tidak diberi?

Ianya akan berakhir dengan KEMATIAN!!!

Di manakah seseorang itu boleh mendapat bantuan?

Bercakap kepada seseorang yang anda percayai seperti:

  • Ibu bapa
  • Rakan karib
  • Guru kaunseling
  • Guru agama

Cari seseorang yang boleh:

  • Mendengar
  • Memujuk
  • Mampu memberi nasihat

ATAU
Minta nasihat daripada:

  • Doktor
  • Pakar psikologi
  • Pakar psikiatri

Kepimpinan dalam Islam

Posted in iSLAMIC on 25 Mac 2009 by Admin

I. Definisi Kepimpinan

Kepimpinan merupakan satu ’seni’ yang mengarah kepada suatu proses untuk menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke suatu tujuan yang telah ditetapkan dengan mendorong mereka bertindak dengan cara yang tidak memaksa yakni kerana mereka mahu melakukannya. Kepimpinan yang baik menggerakkan manusia ke arah jangka panjang, yang betul-betul merupakan kepentingan mereka yang terbaik. Arah tersebut boleh bersifat umum, seperti penyebaran Islam ke seluruh dunia, atau khusus seperti mengadakan conference atau persidangan mengenai isu tertentu. Walaubagaimanapun, cara dan hasilnya haruslah memenuhi kepentingan terbaik orang-orang yang terlibat dalam pengertian jangka panjang yang nyata. Kepimpinan adalah suatu peranan dan juga merupakan suatu proses untuk mempengaruhi orang lain. Pemimpin adalah anggota dari suatu perkumpulan yang diberi kedudukan tertentu dan diharapkan dapat bertindak sesuai dengan kedudukannya. Seorang pemimpin adalah juga seseorang dalam suatu kumpulan yang diharapkan menggunakan pengaruhnya dalam mewujudkan dan mencapai tujuan kelompok. Pemimpin yang jujur ialah seorang yang memimpin dan bukan seorang yang menggunakan kedudukannya untuk memimpin. Fenomena kepimpinan dapat dijelaskan melalui konsep-konsep dasar berikut:

  1. Kepimpinan adalah suatu daya yang mengalir dengan cara yang tidak diketahui antara pemimpin dengan pengikutnya, mendorong para pengikut supaya mengerahkan tenaga secara teratur menuju sasaran yang dirumuskan dan disepakati bersama. Bekerja menuju sasaran dan pencapaiannya memberikan kepuasan bagi pemimpin dan pengikutnya.
  2. Kepimpinan juga mewarnai dan diwarnai oleh media, lingkungan, pengaruh dan iklim di mana dia berfungsi. Kepimpinan tidak bekerja dalam ruangan yang hampa, tetapi suasana yang diciptakan oleh pelbagai unsur.
  3. Kepimpinan sentiasa aktif, namun boleh berubah-ubah darjatnya, kepentingannya dan keluasan tujuannya. Kepimpinan itu bersifat dinamik.
  4. Kepimpinan bekerja menurut prinsip, methodologi dan matlamat yang pasti dan tetap.

II. Kepimpinan yang Efektif

A. Apakah kepimpinan yang efektif?

Kepimpinan yang efektif ialah suatu proses untuk menciptakan wawasan, mengembangkan suatu strategi, membangun kerjasama dan mendorong tindakan. Pemimpin yang efektif:

  1. Menciptakan wawasan untuk masa depan dengan mempertimbangkan kepentingan jangka panjang kelompok yang terlibat.
  2. Mengembangkan strategi yang rasional untuk menuju ke arah wawasan tersebut.
  3. Memperoleh dukungan dari pusat kekuasaan yang bekerjasama, persetujuan, kerelaan atau kelompok kerjanya diperlukan untuk menghasilkan pergerakan itu.
  4. Memberi motivasi yang kuat kepada kelompok inti yang tindakannya merupakan penentu untuk melaksanakan strategi.


Suatu kombinasi dari proses biologi, sosial dan psikologi yang kompleks menentukan potensi kepimpinan seorang individu. Potensi ini harus dibina dengan baik supaya efektif. Bukan sesuatu yang pelik sekiranya seseorang itu memiliki sifat kepimpinan namun tidak memanfaatkannya. Dalam kehidupan manusia yang berbeza-beza, sifat ini mungkin diwujudkan dalam suatu situasi yang bervariasi dan muncul pada tahap yang berlainan. Pelaksanaan kepimpinan dipengaruhi oleh lingkungan dan peluang serta keadaan yang terbatas.

B. Pemimpin, Pengurus dan Pengikut

Pemimpin mengendalikan bawahannya untuk mencapai tujuan dengan motivasi dan teladan peribadi. Pengurus memperoleh tingkah laku yang diinginkan dengan menggunakan kedudukan rasmi mereka yang lebih tinggi dalam struktur organisasi. Pemimpin yang baik menyedari bahawa mereka juga harus menjadi pengikut yang baik. Boleh dikatakan, pemimpin juga harus melapor kepada seseorang atau kelompok. Oleh sebab itu mereka juga harus mampu menjadi pengikut yang baik. Pengikut yang baik harus menghindari persaingan dengan pemimpin, bertindak dengan setia dan memahami serta menunjung baik idea, nilai dan tingkah laku pemimpin secara konstruktif. Pengikut atau pemimpin terikat dalam suatu hubungan yang terarah. Oleh itu, pemimpin harus sentiasa memberi perhatian pada kesejahteraan anak buahnya. Pengikut pula harus mendukung pemimpin selagi pemimpin berada di landasan yang benar dan lurus.

III. Ciri-Ciri Pemimpin Islam

Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa pemimpin suatu kelompok adalah pelayan kelompok tersebut. Oleh kerana itu, pemimpin hendaklah melayani dan menolong orang lain untuk maju. Beberapa ciri penting yang menggambarkan kepimpinan Islam adalah seperti berikut:

  1. Setia Pemimpin dan orang yang dipimpin terikat kesetiaan kepada Allah.
  2. Tujuan Pemimpin melihat tujuan organisasi bukan saja berdasarkan kepentingan kelompok tetapi juga dalam ruang lingkup tujuan Islam yang lebih luas.
  3. Berpegang pada Syariat dan Akhlak Islam. Pemimpin terikat dengan peraturan Islam, boleh menjadi pemimpin selama ia berpegang pada perintah syariat. Ketika mengendalikan urusannya ia harus patuh kepada adab-adab Islam, khususnya ketika berurusan dengan golongan oposisi atau orang-orang yang tidak sehaluan dengannya.
  4. Pembawa Amanah. Pemimpin menerima kekuasaan sebagai amanah dari Allah yang disertai dengan tanggungjawab yang besar. Al-Qur’an memerintahkan pemimpin melaksanakan tugasnya untuk Allah dan menunjukkan sikap baik kepada pengikutnya sebagaimana Firman Allah SWT:

“iaitu orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka, nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mencegah perbuatan yang mungkar, dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.” (Surah Al-Hajj, ayat 41).

Nikah Muda dan Bahagia

Posted in iSLAMIC on 23 Mac 2009 by Admin

Begitu saja aku dengari suatu ayat-ayat Al Quran yang membuatkan aku tersentak!


Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi Maha Mengetahui (QS Annur :32)

Merupakan suatu perintah Allah agar segera menikahkan orang-orang yang masih bujang di kalangan kita.Bahkan seandainya kita termasuk golongan yang tidak mampu, jangan bimbang Allah swt sendiri akan memampukan kita.

Andai kita belum yakin dengan ayat Allah SWT perkataan apa lagi di dunia ini yang dapat menjadikan kita yakin terhadap sesuatu? Bah kan Rasullulah juga bersabda yang bermaksud:

Carilah oleh kalian rezeki dalam pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga)
(Hadith riwayat Imam Ad Dhalani) dalam Musnad Al Firdaus

Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda, 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya(Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.

Abu Bakar As Siddiq pernah berkata Taatlah kamu kepada Allah dalam apa yang diperintahkan kepadamu iaitu perkahwinan,maka Allah akan melestarikan janjiNYA kepadamu iaitu kekayaan“.

Allah telah berfirman “Jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya(QS Annur:32)

Apa lagi alasan mereka yang telah diberi kesihatan tubuh badan ,keinginan yang kuat untuk bersama pasangan dan mempercayai Allah sebagai tuhan(ialah) untuk mengatakan diri ini belum memilih nikah sebagai jalan? Andai membujang itu suatu pilihan yang diberikan kepada mereka yang beriman.Maka ia adalah sesuatu yang dikategorikan sebagai kehinaan.

Rasullah bersabda lagi,Hadith Saad bin Abi Waqas berkata :
Rasullulah saw melarang Uthman bin Mazun dari membujang,seandainya baginda merestuinya,pasti kami akan membujang(Sahih Muslim)

Sabda baginda lagi: dari Anas ra, Rasullulah Al Ma’shum bersabda,
Barangsiapa mempunyai anak perempuan yang telah mencapai umur 12tahun,lalu ia tidak segerakan mengahwinkannya kemudian anak perempuan tersebut melakukan dosanya di tanggung oleh ayahnya”. (Hadith riwayat Baihaqi
)

Ibnu Ma’ud pernah mengatakan, “Seandai tinggal sepuluh hari sahaja dari usiaku ,niscaya aku tetap ingin kahwin agar aku tidak menghadap Allah dalam keadaan masih bujang”

Sahabat-sahabat sekalian,seandainya mahu merenung akan hadith-hadith ini,maka apa lagi yang dinanti,berusahalah sedaya upaya kita untuk menikah.Kerana hadith yang menyuruh bernikah berbunyi:

Abdullah bin Mas’ud ra: diriwayatkan dari Al Qamah ra katanya:
“Aku berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah ra yang kemudian menghampiri Abdullah ra. Setelah berbincang beberapa ketika,Othman ra bertanya,wahai abu abdul rahman;mahukah aku jodhohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah mudahan perempuan itu akan dapat mengigatkan kembali masa lampau mu yang indah

Mendengar tawaran itu Abdullah ra menjawab;

Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah di sabdakan oleh rasullulah saw kepada kami “

“Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puas itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu”
(Hadith riwayat Muslim)


Seandainya kita telah berusaha sedaya upaya,serahkanlah semuanya pada Allah.Dialah yang memberi rezeki.Bukanlah orang itu termasuk dalam golongan tidak mampu,seandainya dia terus membiarkan dirinya saja,tidak berbuat apa-apa lalu apabila ditanyakan kepadanya lalu dia menjawab TIDAK MAMPU.Akan tetapi seorang yang tidak mampu adalah mereka yang telah berusaha sekuat hati ,namun hasilnya tetap di tahan oleh Allah SWT sebagai ujian untuk dirinya.


Seorang saudara mengadukan dirinya yang masih kurang iman kepada sahabatnya,
Saya rasa masih tidak kuat lagi untuk menikah” .

Jawab sahabatnya,
“Justeru kerana kamu masih belum kuat imanlah kamu harus menyegerakan nikah, kan nikah itu menyempurnakan separuh dari agama ?”

Lantas di sebabkan iman kita yang kurang inilah kita harus segera bernikah.Bagaimana kalian sahabat-sahabat ku? Luruskan niatmu , jangan bernikah kerana keSERONOKan di dalamnya,jangan pula kerana orang mengatakannya BAIK atau apa sebab lain pun selain dari
Aku nikah kerana ALLAH dan RASUL SURUH !

Dan carilah pernikahan yang barakah.Zainab bin Jashyi dan Zaid bin Harithah yang cukup kuat iman mereka pun bercerai akhirnya.Zaid anak angkat Nabi,kekasih nabi,panglima perang ,manakala Zainab,ummul mukminin, satu figura yang tidak mungkin ada kelemahan dari imannya, mungkihkah lagi keimanan mereka diragukan.Lantas sahabat semua serahkan segalanya pada Allah SWT.

Bahagia bukan terletak pada kesenangan hidup,banyaknya harta,indahnya pasangan dan sebagainya.Bahagia itu terletak pada, firman Allah

Dan diantara tanda-tanda(kebesaran)Nya ilah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan berasa temteram kepadanya.Dan menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang”. (QS anRuum:21)

Guan Eng tekad ikut acuan Umar Abd Aziz

Posted in Politik on 23 Mac 2009 by Admin

MALAYSIA-POLITICS/PENANGGuan Eng tekad ikut acuan Umar Abd Aziz


PULAU PINANG, 23 Mac (Hrkh)- Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berbangga dengan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz kerana beliau seorang pemimpin Islam yang adil dan berjiwa rakyat.

Ketika merasmikan Wacana Pemikiran Khalifah Saidina Umar Abdul Aziz “Islam dan Kenegaraan” di Auditorium A, Tingat 5 Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) semalam beliau sekali lagi bertekad untuk meniru usaha yang dilaksanakan oleh pemerintahan Khalifah berkenaan.

Ini katanya bagi memastikan pentadbiran negeri bebas daripada penyalahguna kuasa, kezaliman, merombak semula jentera pentadbiran dengan memecat pada pegawai yang tidak cekap dan sebagainya.

Ujar Lim, sikap sedemikian merupakan puncak tertinggi dalam agama Islam ekoran prinsip Khalifah Umar untuk membangunkan negara dengan nilai-nilai kebajikan dalam semua bidang melibatkan kegiatan kenegaraan.

“Saya berbangga dengan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz yang mempunyai sikap adil, telus dan berjiwa rakyat.

“Khalifah Umar Abdul Aziz mempunyai prinsip membangunkan negara menerusi nilai-nilai kebajikan dalam bidang kenegaraan dan masyarakat di samping membasmi segala kemungkaran yang melekat sebagai kuman penyakit yang merosakan seluruh masyarakat dan negara, ” katanya.

Melihatan contoh tersebut membuatkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang mengambil langkah berusaha menjadikan negeri pertama bebas daripada miskin tegar.

Selain itu katanya kerajaan juga mengiftiraf pelajar cemerlang termasuk para Huffaz serta inisiatif Wi-Fi percuma untuk mengurangkan jurang digital di kawasan bandar dan luar bandar serta golongan berada dan kurang kemampuan.

Pelaksanaan cara itu, akan dilakukan tanpa mengira apa latar belakang agama dan kaum kerana yang penting ialah hasil kejayaan.

“Ada cacatan yang meriwayatkan bahawa anak Khalifah Umar pernah mendesak bapanya supaya menggunakan kekerasan untuk menjayakan reformasi pemerintahan.

“Dengan tenang Khalifah memberi jawapan ‘Wahai anak ku, apa yang engkau maksudkan seolah-olah pembaharuan hanya boleh dicapai dengan pedang. Tetapi tidak akan ada apa-apa kebaian dalam pembaharuan jika ia memerlukan kuasa pedang, ” tegas Lim penuh semangat dalam program anjuran Penyelaras Umat Pulau Pinang (Forum) dengan kerjasama Kerajaan Negeri.

Lim juga mengakui model pemerintahan Umar Abdul Aziz boleh digunapakai sepanjang zaman kerana konsepnya berlandaskan amar ma’ruf dan nahi mungkar serta memperjuangkan nasib rakyat jelata.

Tambah beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Puteh berkata, menyedari betapa sukarnya mencontohi langkah-langkah yang dilaksanakan dalam pemerintahanya.

Namun, perjalanan yang jauh harus bermula dengan langkah pertama iaitu inisiatif menjadikan Cekap akauntabliiti dan Telus (CAT) digunapakai oleh kerajaan hari ini supaya dapat membersihkan rasuah, memerangi mereka yang menyalahgunakan kuasa dan sebagainya.

” Keindahan pemerintah itu saya yakin dapat menyinari semula negeri yang dikenali sebagai Pulau Mutiara ini daripada anasir-anasir negetif seperti rasuah, pembaziran dan penyalah gunaan kuasa, ” jelas beliau.

Program yang membicarakan dua kertas kerja turut mengundang Naib Yang Dipertua Persatuan Ulamak Malaysia Pulau Pinang (PUM PP), Prof Madya Dr Fadlullah Jamel bertajuk ‘Sejarah, Ibarah dan Keagungan Generasi Khalifah Umar Abdul Aziz dan Prof Madya Badli Hashi Mohd Nasir dengan kertas kerja bertajuk ‘ Khalifah Umar Abdul Aziz dalam Aspek Kenegaraan Masakini’.

Turut berucap dalam wacana itu ialah Wakil Forum merangkap YDP Angkatan Belia Islam Malaysia Pulau Pinang, Ustaz Zayd Zahari dan Exco Hal Ehwal Agama Negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Kasim. – azm _

http://www.harakahdaily.net/

MB beralih ke blog setelah pusat enggan lulus lesen radio

Posted in Kelantan, Tok Guru on 22 Mac 2009 by Admin
tok-guru22
Sebuah laman blog yang paling dinanti-nantikan ramai akan mula dilancarkan pada minggu hadapan.

Blog ini juga dijangka dapat menandingi blog terkenal kepunyaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah berjaya meraih kunjungan yang tertinggi.

MB beralih ke blog setelah pusat enggan lulus lesen radio

KOTA BHARU, 23 Mac (Hrkh) – Kecewa kerana Kementerian Penerangan enggan membenarkan kerajaan Kelantan mengendalikan radio sendiri menyebabkan Menteri Besar beralih kepada blog bagi menyebarkan dakwah.

“Sebelum ini kerajaan negeri pernah memohon lesen radio tetapi kerajaan pusat tak benarkan, jadi kalau ada blog saya boleh sampaikan segala-galanya kepada rakyat,” kata Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya beliau akan menggunakan sebaik mungkin kemudahan blog bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat.

Menurutnya perkembangan teknologi maklumat sekarang perlu direbut termasuk membangunkan blog sendiri sebagai tatapan umum.

“Saya akan melangkah masuk ke era siber dengan menulis dan menyampaikan maklumat serta berdakwah melalui blog. Saya akan jadi blogger jugalah,” ujar beliau ketika ditemui pada satu program di sini, baru-baru ini.Image

Ditanya mengenai isi kandung blog tersebut, katanya beliau cuba sedaya upaya untuk menulis sendiri terutamanya berkaitan Islam dan akan dibantu pegawai-pegawai di Pejabat Menteri Besar.

Blog Menteri Besar akan dilancar sempena majlis pelancaran Wi-fi A�Ptus.Net sebuah agensi di bawah Perbadanan Kemajuan Iktisas Negeri Kelantan (PKINK) bertempat di ruang legar KB Mall, Khamis ini.

Di Kelantan beberapa wakil rakyat mempunyai blog sendiri termasuk Adun Bunut Payong, Dato’ Takiyuddin Hassan, Adun Kijang, Wan Ubaidah Omar, Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad dan Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman.

Manakala Dato’ Husam Musa mempunyai laman web yang dibangunkan sejak beberapa tahun lalu.

Kerana kau sahabat

Posted in ~Tiada Lagi~ on 22 Mac 2009 by Admin

persahabatan

Kerana kau sahabat aku masih di sini Kerana kau sahabatku bisa buat menangis Dan kerana kau sahabat yang menghancurkan Ku tiada berteman tanpamu kurebah Terkenang wajah mu sahabat aku pilu Selangkah ku tersebut nama mu sahabat Tak terasa jiwa ku dipalu Oleh rindu dan dendam pada mu sahabat Dan ketika ini dan disaat ini Di manakah dikau sahabat Kau sendakan ku punya perasaan Dan kau menyatakan bahawa diri ini tiada nilai Mengapakah tak kau rasa sahabat Bukan paras supa yang sangat ku pinta Tapi hati yang dapat merasa Yang kesedihan ini tak lain Hanyalah kerana mu sahabat Mengapakah ku diluka Mengapakah harus ku tanggung semua ini Tidakkah kau merasakannya sahabat Kesedihan ini tak lain hanyalah Kerana mu seorang sahabat.

Melihat kau bahagia itu yang lebih bermakna
Sekiranya nanti aku tiada lagi sematkan dalam ingatan sebagai tanda kenangan
Teman jangan sekali kau mudah lupa hidup ini sementara
Setiap dugaan datang bersabarla teman
Berkat kesabaran kan membwa kemenangan
Apa yang terjadi teman jangan ditangisi namun
senyumlah atas nikmat yang diberi selalu insafi kembali kepangkal jalan
Renungilah teman…
kesusahan

Hitam dan Kelabu
Adalah Warna Dalam Hidupku

Kejutkanlah aku Kawan
aku Sedang Bermimpi
Kejutkanlah Aku
Yang Sengsara Dalam Mimpi

Gementar Kakiku
Berdegup Jantungku
Apakah Dapat ku Ke Seberang

Sambutlah Tanganku Kawan
aku Takut Tenggelam
Sambutlah Tanganku Kawan
Jurangnya Sangat Dalam

Jurangnya Sangat Mengerikan
Ramai Yang Telah Kecundang
Dia Sedang Menunggu
Untuk Memimpimku
Di Seberang Sana

Adanya Cahaya

Mungkin bukan di sini hatiku
Yang cuba dinyata atas kekurangan
Kerna kusedari”

Baru ku sedar kenapa tercipta kesepian
Kenapa hidup harus berpasangan
Kerana Tuhan mahu menyatakan

CintaNya…
Kepada kita insan…
Syukur kusedar sebelum bercerai nyawa badan
Sempatlah diri buat perhitungan
Janganlah pulang dengan kekesalan
Cintanya…tak pernah ku agungkan


telah tiba saat waktu kau
tinggalkan kami kerana takdir
yang Maha Esa telah menetapkan
sedih rasanya hati ini
bila mengenangkan
kau sahabatku kau teman sejati
tulus ikhlasmu luhur
budimu bagaikan tiada
pengganti senyum tawamu
juga katamu menghiburkan hati..
memori indah kita
bersama tetap bersemadi
kau sahabatku kau teman sejati
ya Allah, tempatkannya
di tempat yang mulia
tempat yang dikau janjikan
nikmat untuk hambamu
sahabatku, akan kuteruskan
perjuangan ini
walau ku tahu kau
tiada di sisi
moga amanlah dan bahagia
di dunia sana
setangkai doa dan juga Fatihah
terus ku kirimkan
moga di sana kau bahagia
bersama para soleh
kau sahabatku kau teman sejati

~Seorang sahabat menghadiahkan sepotong ayat dulu dan masih diingati

Menentang perjodohan


2180021310_8f6f5e6024_o1

MENENTANG PERJODOHAN

Jalinan cinta kasih kita
Yang kita rajuk berdua
Kini tinggal kenangan
Menolehkan rias luka

Ku merana…
Namun..Kan ku cuba
Untuk tenangkan jiwa hadapinya
Ku cuba berjalan sendiri
Hati suara yang menjelma

Ikut isyarat hati
Tetapkan menggetar jiwa yang merana
Kasih..Kan ku cuba
Untuk melupakanmu
Namun ku tak mampu
Dengarkanlah duhai kasih
Cinta di hati hanya untukmu
Tak bisa pindah ke lain hati
Walau jodoh dari orang tua

Percayalah duhai kasih
Ku menentang perjodohan ini
Hanya dirimu yang ku cintai
Jangan pergi meninggalkan aku

Kembalilah kasih
Kita buka lagi lembaran baru
Berdua kita rajuk hati
Yang hampir terluka


Tidak ada komentar:

Posting Komentar